Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kayuhan Basikal Klasik gamit nostalgia silam

Peserta  Program Kayuhan Basikal Klasik di Kampung Beserah, Kuantan,
Peserta Program Kayuhan Basikal Klasik di Kampung Beserah, Kuantan, Pahang, baru-baru ini.

KUANTAN 29 Mac – Bagi mengimbau nostalgia kegemilangan basikal tua atau klasik yang pernah popular suatu masa dahulu, Kelab Basikal Klasik Kuantan (KBKK) menganjurkan program Kayuhan Basikal Klasik di sekitar Kampung Beserah di sini baru-baru ini.

Pengerusi KBKK, Azizan Mansor, 62, berkata, program itu antara lain bertujuan memperke­nalkan basikal klasik kepada orang ramai di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli kelab tersebut.

“Pada saat aktiviti mengayuh basikal ini sebagai satu senaman, kami juga dapat memperke­nalkan basikal klasik kepada golongan muda.

“Kita cuba menghidupkan kembali nostalgia suatu ketika dahulu,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia pada program berkenaan.

Dalam pada itu, Azizan berkata, berbanding awal penubuhannya, KBKK sekarang mempunyai lebih 40 ahli aktif yang mempunyai minat mendalam terhadap basikal klasik.

“Kita sentiasa mengalu-alukan orang ramai untuk menyertai KBKK bagi memeriahkan lagi aktiviti mengayuh basikal klasik untuk diperkenalkan kepada masyarakat,” katanya.

Sementara itu, seorang peserta, Rozaki Ghazali, 42, berkata, dia mula meminati basikal lama sejak setahun yang lalu dan kini memiliki 6 buah basikal lama daripada pelbagai jenama serta keluaran.

“Saya seronok apabila keluar mengayuh basikal lama ini bersama rakan-rakan. Dari situ kita cuba menghidupkan kembali nostalgia,” katanya yang merupakan seorang pesara tentera.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain