Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Harumanis dijadual dituai mulai 9 April depan

PADANG BESAR 7 Mac – Tuaian pertama mempelam harumanis di negeri ini akan bermula pada 9 April ini, sekali gus menandakan bermulanya musim buah ikon Perlis itu.

AHMAD BAKRI ALI

Pengerusi Jawatakuasan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Ahmad Bakri Ali berkata, peminat Harumanis boleh mendapatkan mempelam itu di Taman Pertanian Bukit Bintang di Jalan Sungai Batu Pahat, Kangar dekat sini.

“Kita menjangkakan juga dengan perubahan cuaca akan menjadikan musim harumanis lebih panjang iaitu sehingga selepas Hari Raya Aidilfitri,” katanya ketika berucap menutup Kursus Pengendalian Lepas Tuai Mangga peringkat negeri di Kampung Baru Panggas Kecil, Chuping di sini, hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Ke­tua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Mansor Omar.

Ahmad Bakri berkata, tahun ini harga siling bagi harumanis Gred A premium ditetapkan pada RM26 sekilogram.

Walau bagai­manapun kata­nya, terserah kepada pengusaha untuk mele­tak­kan harga berdasarkan kualiti.

Katanya, penetapan harga siling bertujuan mengelakkan harumanis menjadi buah elit yang hanya boleh dinikmati oleh mereka berkemampuan sahaja.

Menurutnya, sehingga kini 655 hektar tanaman mempelam di Perlis mengeluarkan hasil.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain