Namun naluri ibu terhadap seorang anak sukar disembunyikan.

Apatah lagi anak-anak ini tinggal dan bersekolah berhampiran tempat tinggal penulis di Bukit Beruntung.

Mangsa lemas ketujuh yang juga terakhir dalam insiden sekumpulan kanak-kanak diha­nyutkan arus deras ketika menangguk ikan di Sungai SKC, Kampung Timah, Bukit Beruntung lewat petang Jumaat lalu ditemukan pukul 1.15 petang kelmarin.

Tragedi menimpa Muhammad Aiman dan rakan-rakannya ini sepatutnya lebih membuka mata dan memberi kesedaran kepada semua ibu bapa terhadap nahas yang bakal menimpa dek hanya kecuaian kita sebagai ibu bapa.

Memang tragis. Tetapi jika kita tidak belajar dari kejadian itu, maka perkara sama akan berulang.

Salah seorang bapa mangsa menceritakan dia hanya bertemu dengan anaknya itu dua hari sebelum kejadian kerana sibuk bekerja.

Bila dia pulang anaknya itu sudah tidur, apabila dia pergi bekerja anaknya masih tidur.

Bapa seorang mangsa lain turut meluahkan, anaknya itu jarang berkongsi cerita de­ngannya juga atas alasan sama, sibuk bekerja.

Dia mengakui anaknya itu minat bermain bola sepak, namun tidak tahu dia aktif sehingga mewakili sekolah dalam skuad utama hanya selepas upacara pengebumian selesai.

Hakikatnya, proses membesarkan anak di zaman mo-den, bukanlah sesuatu yang mudah, ditambah pula kita sebagai ibu bapa terlalu sibuk bekerja sehingga ‘keberadaan’ anak bersama tidak dirasai.

Majoriti ramai yang berpendapat insiden seperti itu tidak akan berlaku jika ibu bapa sentiasa memantau setiap aktiviti anak-anak.

Penulis percaya tiada sesiapa mahu perkara ini berlaku. Ajal maut di tangan Allah dan tragedi ini hanyalah penyebab.

Penutup kalam, Al Fatihah buat dua beradik Shahrizat Abdullah, 12, dan Shahrizwan, 10; Muhammad Aiman Fitri Md. Asmadi, 12, dan Mohd. Ikhwan Mohd. Ridhwan, 10.

Begitu juga kepada Ami-rul Hakimi Khairul Amru, 9 , Muhammad Iskandar Shah, 12, dan Muhammad Aiman Kamarul Ariffin, 12.

Sama seperti ibu bapa mang­sa, sesi kaunseling perlu diberi kepada Muhd. Shahil Azman, 12, satu-satunya mang­sa yang terselamat.

Kepada ibu bapa dan ahli keluarga yang terbabit tragedi itu bertabahlah dan reda.

Allah lebih tahu apa yang terbaik. Bertenang, teruskan berdoa dan percayalah mereka ini adalah anak-anak syurga.