Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Harap BR1M diagihkan melalui akaun bank

Jalita Timun, Ibrahim Marijah
Jalita Timun, Ibrahim Marijah

GUA MUSANG 16 Mac – Masyarakat Orang Asli di kawasan pedalaman berharap pihak kerajaan dapat mengagihkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) melalui akaun bank pada masa akan datang.

Menurut mereka, bayaran secara baucar dianggap sangat menyulitkan kerana mereka terpaksa menempuh perjalanan yang jauh untuk ke bandar.

Penghulu Kampung Jenut di RPS Kuala Betis, Ibrahim Marijah berkata, kerajaan harus mengkaji semula kaedah pembayaran BR1M yang memudahkan penduduk.

Katanya, penambaikan pembayaran amat diperlukan agar tidak menyulitkan penduduk di kawasan pedalaman.

“Kita menghargai bantuan yang diberikan oleh kerajaan bagi meringankan perbelanjaan serta kos sara hidup penduduk.

“Namun, pada kali ini hanya satu bank sahaja yang boleh menukar baucar BR1M menyebabkan penduduk perlu berurusan dalam tempoh panjang untuk menukar wang tunai,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Seorang warga emas, Jalita Timun, 70, berkata, pembayaran BR1M kali ini membebankan penduduk Orang Asli apabila mereka perlu mengeluarkan kos untuk ke bandar.

Katanya, dia sudah tiga kali keluar ke bandar tetapi masih belum dapat menukar baucar tersebut disebabkan orang terlalu ramai.

“Saya terpaksa mengeluarkan modal sebanyak RM50 untuk menyewa ken­deraan setiap kali ke bandar.

“Tetapi saya sedih apabila masih belum dapat menukar baucer tunai kerana bersesak dengan orang di kawasan bandar,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Rozi Asut, 42, mencadangkan supaya pihak kerajaan khususnya Jabatan Kemajuan orang Asli (Jakoa) mengagihkan bantuan itu secara tunai kepada penduduk di kawasan pedalaman.

“Bantuan ini boleh disampaikan melalui Jakoa secara terus di kampung-kampung kami di pedalaman.

“Mereka boleh menghimpunkan penduduk di kampung-kampung ini di satu tempat yang lebih dekat dan memberikan bantuan secara tunai,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain