Pengarah Jabatan Kebuda­ya­an, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL, Anwar Mohd. Zain berkata, pertandingan kali ini menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM15,000 sekali gus meningkatkan­ semangat para peserta untuk terus bersaing.

“Pada tahun ini hadiah wang tunai keseluruhan­ dinaikkan daripada RM13,000 kepada RM15,000 manakala masa pertandingan diawalkan dari pukul 8 pagi ber­banding­ 8.30 pagi sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melepaskan lebih satu tan ikan pelbagai spesies seperti patin dan rohu seberat antara tiga hingga lima kilogram di tasik berkenaan di sini, baru-baru ini.

Tambah Anwar, juara pertan-dingan akan membawa pulang RM7,000, naib juara RM3,000 dan ketiga RM1,000 seorang,” katanya.

Yuran RM30 dikenakan untuk sebatang joran dan pendaftaran boleh dibuat di lokasi pertandingan­ pada Sabtu ini dari pukul 3 petang hingga 10 malam.

Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui laman Facebook jorankl atau menghubungi urus setia di talian 013-3052811, 013-2667011 dan 012-2846811.