Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohd. Azizi Mohd. Zain berkata, penganjuran kali kedua itu menawarkan hadiah keseluruhan melebihi RM12,000 dan peserta hanya perlu membayar yuran penyertaan RM30 untuk sebatang joran.

Menurutnya, 500 peserta terawal juga menerima baju-T dan berpeluang memenangi 50 hadiah cabutan bertuah.

“Pertandingan ini bertujuan memperkenalkan taman-taman tasik rekreasi untuk dimanfaatkan oleh warga Petaling Jaya.

“Memancing merupakan salah satu aktiviti yang sihat dan penganjur bercadang melebarkan siri jelajah PJ Joran ke tasik-tasik di Petaling Jaya,” katanya selepas melepaskan lebih satu tan pelbagai jenis ikan ke dalam Tasik Bandaran sebagai persedia­an pertandingan baru-baru ini.

Menurut Mohd. Azizi, pemenang pertama bakal membawa pulang wang tunai RM4,000, naib juara (RM2,000) dan ketiga (RM1,000).

Tempat keempat hingga ke-10 sebanyak RM200 setiap seorang, pemenang tempat ke-11 hingga 20 (RM100), tempat ke-21 hingga 30 (RM50) serta tempat ke-31 hingga ke-50 sebanyak RM30.

Orang ramai yang berminat menyertai PJ Joran boleh menghubungi talian 013-2667011, 013-3052811 atau 012-2846811 atau melayari laman sosial facebook.com/jorankl untuk pendaftaran.

Pendaftaran boleh dibuat pada Jumaat ini bermula pukul 3 petang hingga 10 malam.