MOHD. ZUBIR

Pengerusinya, Datuk Mohd. Zubir Embong berkata, inisiatif yang dirintis mulai tahun lalu itu bertepatan dengan usaha pertubuhan tersebut ke arah memperkasakan penglibatan golongan pendidik dalam aktiviti di peringkat komuniti sebagaimana yang pernah menjadi amalan suatu ketika dahulu.

Katanya, ketika ini kumpulan guru berkenan sudah diwujudkan di daerah Kuala Terengganu, Setiu dan Besut dengan penyertaan aktif dalam kegiatan kemasyarakatan termasuk pengendalian pengurusan jenazah penduduk setempat.

“Dahulu kalau ki­ta sebut cikgu, orang ramai akan merujuk golongan tersebut se­bagai penasihat ser­ta imam dalam ma­syarakat, maka sebab itulah kita mahu peranan tersebut dikembalikan menerusi kumpulan Guru Pembimbing Masyarakat yang berkhidmat secara sukarela ini.

“Jadi sekiranya ada kematian misalnya, kumpulan ini bersedia tampil membantu penduduk untuk menyempurnakan semua proses daripada memandikan jenazah hingga ke urusan solat dan pengkebumian.

Itulah harapan Gagasan agar guru bukan sekadar memartabatkan pendi­dikan negara dan mendidik anak-anak bahkan berbakti kepada masyarakat menerusi kerja-kerja kesukarelawan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung Tahunan Gagasan Terengganu kali ketujuh yang dirasmikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail, di sini baru-baru ini.