Pengurus Besar GCE, Khairul Nizam Baharudin berkata, sehubungan itu penunggang dinasihatkan tidak menggunakan laluan utama lebuh raya bermula pukul 6 pagi hingga 11 malam bagi mengelakkan kes sedemikian.

Jelasnya, saranan tersebut selaras dengan warta kerajaan di bawah subseksyen 70 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (La-rangan Penggunaan Jalan) 2010.

“Penunggang motosikal diarah menggunakan lorong khas motosikal yang telah disediakan bagi mengurangkan kadar kemalangan di GCE.

“Aspek keselamatan pengguna sangat diberi keutamaan. Langkah proaktif bagi memastikan laluan motosikal selamat digunakan dengan membuat rondaan berkala di laluan utama dan lorong motosikal,” katanya dalam kenyataan di sini.

Tambahnya, bagi menggalakkan penunggang motosikal menggunakan laluan itu, GCE melaksanakan kerja-kerja penambahbaikan di lorong dan terowong motosikal seperti pembersihan kawasan, mengecat, pemasangan lampu dan pembaikan permukaan jalan.