Ahli Lembaga Pengarah Felcra, Datuk Dr. Baharum Mohamed berkata, ketika ini pihaknya mendapat khidmat pekerja dari Indonesia dan Bangladesh bagi menampung keperluan di ladang.

"Apa pun Felcra mengambil sikap terbuka dalam hal ini asalkan ianya mampu memberi kebaikan kepada kedua-dua pihak selain menghormati apa juga keputusan kerajaan.

"Jika ini benar-benar berlaku, sedikit sebanyak mampu membantu Felcra serta agensi lain di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah seperti Risda untuk mendapatkan tenaga
kerja," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Inspirasi Kejayaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tenang Stesen di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE