ELLEYZA MD. MASANUN

Elle yang berasal dari Labis, Johor, bukanlah seorang usahawan mahupun pernah menjalankan perniagaan, tetapi percaya dengan rezeki yang diberikan Allah S.W.T. dan antaranya adalah daripada perni­agaan.

Sehubungan itu, Elle melihat pembukaan sebuah kafe milik dirinya sendiri boleh menjadi sumber pendapatan tetap pada suatu hari nanti memandang­kan makanan dan minuman adalah sebagian daripada ke-perluan harian manusia.

“Saya melihat mereka yang membuka kafe bukan sahaja menjual makanan dan minuman, malah menyediakan perkhidmatan terbaik untuk pelanggan.

“Kafe yang saya impikan juga pasti akan menyediakan makanan dan minuman yang berkualiti berbanding kuantiti.

“Pada masa sama, perkhidmatan yang diberikan seperti layanan terhadap pelanggan dan hiasan dalaman juga harus menepati cita rasa pelanggan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Menurutnya, dia berminat untuk membuka kafe di Melaka pada suatu hari nanti sekiranya berpeluang atas faktor status negeri itu sebagai negeri pelanco­ngan yang se­ring dibanjiri para pelancong dari dalam dan luar negera setiap tahun.

“Lagipun, sa­ya sudah me­netap di Melaka selama 10 tahun dari zaman belajar lagi, maka sudah terbiasa dengan suasana di ne-geri ini.

“Kehadiran pe­lancong yang ramai pada setiap masa perlu dijadikan sebagai satu peluang untuk menjalankan perniagaan,” ujarnya.

Selain berniat untuk memiliki sebuah kafe, Elle juga memasang impian untuk me­lancong ke luar negara kerana banyak pengalaman yang boleh diperoleh serta meluaskan lagi pengetahuan secara terus.

“Setakat ini, saya hanya melancong di dalam negara sahaja dan tidak berkesempatan untuk ke luar negara atas beberapa faktor, tetapi saya percaya suatu hari nanti impian saya ini bakal menjadi realiti.

“Terdapat beberapa negara yang menjadi sasaran untuk saya kunjungi seperti Turki dan Itali.

“Dua negara itu menjadi pi­lihan kerana kaya dengan keindahan alam semula jadi,” ujarnya.