Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Wan Mohd. Nor Ibrahim berkata, faktor cuaca yang kering akan mempercepatkan lagi berlakunya kebakaran sekaligus menyukarkan proses mengawal dan memadam.

“Bukan itu sahaja ia juga boleh menyebabkan berlakunya fenomena jerebu selain dikhuatiri boleh memusnahkan kediaman jika ia berhampiran dengan kawasan pembakaran terbuka itu.

“Walaupun musim kemarau masih belum berlaku, namun piham JBPM sentiasa bersiap sedia untuk berdepan dengan situasi berkenaan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Terpuji JBPM Kelantan di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengarah Bomba negeri Azmi Osman.

Wan Mohd. Nor memberitahu, segala aset dan kelengkapan bomba berada dalam keadaan terbaik dan bersedia untuk digerakkan pada musim kemarau nanti. - UTUSAN ONLINE