Pegawai Perhubungan Korporat Fakulti Kejuruteraan Awam universiti tersebut, Dr. Nurul Fariha Lokman berkata, program tersebut akan bermula pukul 8.30 pagi hingga 5 petang.

“Penganjuran program bertujuan memberi pendedahan kepada bakal mahasiswa lepasan SPM, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), matrikulasi, asasi dan diploma berkenaan program-program yang ditawarkan di UiTM.

“Terdapat 24 buah fakulti terlibat dalam ekspo berkenaan yang turut menawarkan khidmat konsultasi kepada bakal graduan dan ibu bapa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, bakal graduan diminta menyemak kelayakan keputusan peperiksaan mereka secara dalam talian di laman web http://selangkah.uitm.edu.my/. - UTUSAN ONLINE.