Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Md. Jais Sarday berkata, ekspo tersebut bertujuan menghebahkan semua program yang dilaksanakan kerajaan negeri sejak 2013.

"Selain itu, sebanyak 31 program ikonik bakal dilancarkan sepanjang sembilan hari ekspo.

"Antara aspirasi yang ditekankan termasuk perumahan, pengangkutan, keselamatan, seni dan warisan serta agro," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke tapak ekspo berkenaan sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE