Ekspedisi mendaki gua berketinggian 1,200 meter itu merupakan anjuran Majlis Belia Jajahan (MBJ) Gua Musang.

Yang Dipertua MBJ, Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani berkata, pihaknya melakukan kelainan menyambut hari kemerdekaan negara kali ini dengan cara menganjurkan aktiviti mendaki Gua Musang.

Katanya, walaupun berdepan dengan cabaran ketika pendakian, setiap peserta gembira dan berpuas hati sebaik berjaya sampai ke puncak.
 
“Peserta yang mendaki gua juga menunjukkan rasa tanggungjawab mereka terhadap negara yang tercinta dengan menyertai program ini.

"Di samping mendaki, mereka juga turut membersih sampah-sarap di sepanjang laluan yang dibuang pendaki sebelum ini," katanya ketika ditemui selepas mengetuai ekspedisi itu, hari ini.

Sepanjang program, anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) daerah turut serta dalam pendakian itu bagi memastikan keselamatan para peserta. - UTUSAN ONLINE