Rungutan yang sering kede­ngaran dalam urusan pentabiran memberikan ilham kepada mereka membangunkan sistem berkenaan bagi mempermudahkan proses tuntutan perjalanan dan elaun le­bih masa kakitangan awam.

Ketua kumpulan, Haziman Madiah berkata, sistem ini juga bukan sahaja dapat menjimatkan masa, tenaga dan kos malah boleh membantu meningkatkan kecekapan dalam pengurusan kewangan.

“Sistem ini telah diseragamkan penggunaannya di beberapa Jabatan sekitar Kuala Terengganu dan akan diperluaskan ke seluruh Politeknik Malaysia.

“Untuk masa akan datang, ia akan dimajukan lagi penggunaannya ke peringkat seluruh kementerian yang boleh memberi manafaat kepada hampir 1.6 juta penjawat awam,” katanya.

Beliau memberitahu Utusan Malaysia di sini hari ini, pihaknya mengambil masa selama hampir satu tahun bagi membangunkan sistem berkenaan.

Konvensyen KIK selama tiga hari yang berlangsung di Perlis disertai oleh politeknik seluruh negara dengan penyertaan sebanyak 37 buah kumpulan yang telah me­nunjukkan hasil kreativiti masing-masing melalui kategori pengurus­an dan teknikal.

Sementara itu Pengarah PKT, Radiah Che Su menyatakan rasa bangga dengan pencapaian yang dianggap paling cemerlang dalam sejarah konvensyen KIK Politeknik peringkat kebangsaan.

“Saya ucapkan syabas kepada seluruh ahli kumpulan iaitu Suzana Mohd Ali, Haziman Madiah, Marzuki Hussain, Nik Norlelawati Nik Mukhtar, Tengku Azlan Tengku Dalam, Noorazura Che Nazar, Albaihaki Awang dan Safiahanis Amiruddin.

“Kumpulan ini akan mewakili Politeknik Kuala Terengganu bagi kategori pengurusan dalam konvensyen KIK peringkat Kementerian Pendidikan yang bakal diadakan dalam sedikit masa lagi,” tambahnya.