Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Mhd Amin Nordin Abd Aziz berkata tempoh lanjutan itu bagi memberi peluang kepada orang ramai menyelesaikan kompaun sebelum disenarai hitam Jabatan Pengangkutan Jalan.

"Orang ramai disarankan mengambil peluang menyelesaikan kompaun mereka sebelum atau pada tarikh tersebut bagi mengelakkan tindakan mahkamah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, tarikh akhir tawaran diskaun bagi bayaran kompaun adalah pada 28 Feb.

Diskaun kompaun lalu lintas yang diberikan adalah RM20 bagi motosikal, RM30  (kereta) dan RM50 untuk kenderaan berat.-BERNAMA