Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

CAP bantah cadangan guna 
dron untuk sembur racun padi

S.M MOHAMED IDRIS
S.M MOHAMED IDRIS

PULAU PINANG 1 Feb. – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) membantah penggunaan dron untuk menghapuskan serangga perosak di sawah yang dicadangkan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) baru-baru ini.

Presiden CAP, S.M. Mohamed Idris berkata, penggunaan dron dibimbangi boleh menyebabkan pencemaran udara serius yang akan mendatangkan masalah kesihatan ke­pada penduduk se­kitar.

Walaupun kandungan sisa racun dron rendah, beliau berkata, penggunaan kaedah itu boleh menyebabkan masalah kesihatan dan memberikan risiko buruk kepada kanak-kanak dan ibu mengandung.

Menurutnya, bantahan itu dibuat kerana kawasan yang akan terlibat dengan pelaksana­an semburan dron memiliki ba­nyak kampung dan mendedahkan penduduk di sekitar terhidu bahan kimia, selain banyak tana­man, saliran dan binatang ternakan menerima kesan negatif.

“Kita berharap Kementerian Perta­nian dan Industri Asas Tani memba­talkan cadangan ter­sebut demi memi­kirkan aspek ke­sihatan penduduk dan pencemaran alam sekitar.

“Kementerian Kesihatan serta Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar juga digesa memberi perhatian serius supaya teknologi yang mendatangkan implikasi buruk kepada penduduk seperti dron tidak digunakan di negara kita,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kata S.M Mohamed, sebagai sebuah organisasi yang bertanggungjawab ke arah pemba­ngunan pertanian, MADA seharusnya memikirkan kaedah pertanian asli tanpa menggunakan bahan kimia bagi menjamin keselamatan makanan dan melindungi alam sekitar selari dengan usaha mempelbagaikan hasil pertanian.

“Penggunaan dron untuk meracun sawah adalah kaedah yang tidak rasional dan cada­ngan tersebut perlu dihentikan segera,” jelasnya.

Beliau mengulas cadangan Pengurus Besar MADA, Datuk Fouzi Ali yang mahu melaksanakan penggunaan dron kerana dikatakan lebih efektif serta menjimatkan masa pesawah dalam usaha menghapuskan makhluk perosak di kawasan pertanian mereka.

Menurut Fouzi, bermula April ini, sebanyak lapan pesawat dron diimport dari China akan digunakan untuk mempromosi kaedah semburan racun dari aras tinggi yang diyakini lebih menjimatkan masa disebabkan tiupan angin yang menyebarkan racun tersebut ke kawasan lebih luas.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain