Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, bagi tujuan itu, beliau akan memanjangkan perkara itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya,
Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk pertimbangan selanjutnya.

Beliau bagaimanapun memberitahu, insentif seumpama itu hanya akan diberi sekiranya kerajaan Barisan Nasional (BN) terus diberi mandat meneruskan pemerintahan di negeri ini selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pada masa sama, jelasnya, beliau sendiri akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan negeri supaya insentif khas itu dimasukkan di dalam Bajet Terengganu 2019 yang akan dibentangkan kelak.

" Pada masa ini kerajaan telah beri banyak insentif termasuk kerajaan negeri meluluskan pemberian insentf kepada pasukan keselamatan seperti anggota tentera dan polis di bawah KDN khususnya bantuan dana raya kepada mereka tanpa mengira pangkat.

"Bagi menangani kos sara hidup, saya nak cadangkan kepada kerajaan supaya dalam bajet tahun depan dimasukkan satu insentif khas kepada mereka ini (pengawal keselamatan yang tercicir) sedangkan tugas mereka melibatkan nyawa," katanya.

Ahmad Razif menyatakan perkara itu kepada pemberita selepas merasmikan Sesi Taklimat dan Dialog Industri Perkhidmatan Kawalan Keselamatan dan Program Certified Security Guards (CSG) Bersama KDN dan Kerajaan Negeri di Wisma Darul Iman di sini hari ini yang dihadiri hampir 2,000 pengawal keselamatan dari serata negeri ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, Datuk Seri Nadzri Siron; Pegawai Kewangan negeri, Datuk A. Rahman Yahya; Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail dan Presiden Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia, Datuk Seri Mustapa Ali.

Diminta mengulas lanjut mengenai insentif itu, Ahmad Razif bagaimanapun berkata, perkara itu sedang diteliti memandangkan ia masih dalam peringkat kajian sebelum dicadangkan kepada kementerian berkenaan.-UTUSAN ONLINE