Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintenden Abdullah Roning berkata, laluan berkenaan mulai dinaiki air pada pukul 7 petang selepas hujan lebat.

"Jalan Bukit Sireh ke Kampung Bedal kini tidak boleh dilalui kenderaan ringan selepas dinaiki air sedalam satu meter dengan jarak 100 meter," katanya. - UTUSAN ONLINE