NUR JAZLAN: 'Ribut' pada 2013 yang diwujudkan DAP untuk menaikkan kemarahan orang Cina sudah surut dan sebab itu sekarang ini mereka mulakan pula tsunami Melayu dengan dipimpin Tun Dr. Mahathir Mohamad yang agendanya lebih nak jatuhkan Perdana Menteri.

Malah, pembangkang yang dulu hidup atas dua kaki, iaitu satu kaki DAP (bagi menarik undi Cina) dan satu lagi Pas (untuk undi Melayu) kini sudah patah. Jadi, terpaksa menggunakan PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) yang tiada sokongan akar umbi. Saya rasa kalau 'ribut' yang me­landa dulu pun BN masih mampu kekalkan kuasa dan sekarang sudah surut, maka peluang BN untuk menang adalah lebih baik.

Bagi Parlimen Pulai pula macam mana? Ia terletak di bandar dan sudah pasti menjadi antara kerusi 'idaman' pembangkang?

Kalau ikut ramalan secara rambang, perasaan rakyat sebagainya, mungkin menampakkan rakyat masih marah tetapi saya telah berkhidmat selama tiga penggal dan pengundi di sini tahu saya boleh jadi pemimpin kepada semua masyarakat, kaum dan agama.

Di Parlimen Pulai juga pembangunan berlaku dengan pesat dan kebanyakan kesusahan rak­yat juga sudah dapat diselesai­kan, seperti masalah rumah rak­yat termiskin, infrastruktur, jalan raya, pengangkutan, komunikasi dan sebagainya. Jadi, saya rasa kali ini rakyat di Pulai akan melihat lebih kepada kemampuan dan rekod kerja saya sebagai wakil rakyat dan segala perubahan pembangunan di kawasan parlimen ini.

Apakah pendekatan yang Datuk ambil terutama dalam me­yakinkan pengundi di Pulai ini untuk bersama-sama BN terutamanya di DUN Pengkalan Rinting yang dimenangi DAP pada PRU-13?

Saya mengambil inisiatif sendiri untuk bertemu secara langsung dengan pengundi, terutamanya kaum Cina yang sebelum ini memang sukar untuk mereka 'buka pintu' kepada saya, namun sekarang berbeza, saya amat dialu-alukan ke kawasan mereka.

Jadi, dengan usaha selama empat setengah tahun yang diberi, saya yakin membuahkan hasil apabla pengundi yang didekati oleh saya dan pejabat saya, nampaknya ada respons yang baik, malah ramai yang menyatakan sendiri kepada saya untuk tidak mengundi parti pembangkang.

Masalah utama penduduk di kawasan Parlimen Pulai?

Kekurangan rumah yang mampu dimiliki. Kita tahu di kebanyakan tempat rumah yang mampu dibeli itu kurang, namun di Pulai ini kerajaan BN sentiasa berusaha memastikan rakyat mempunyai rumah sendiri. Di Parlimen Pulai ini sahaja, lebih 4,000 unit rumah mampu milik sudah ditawarkan kepada golo­ngan berpendapatan rendah.

Malah, kerajaan Pusat dan kerajaan negeri juga sudah menyediakan rumah transit bagi belia untuk membolehkan golongan millenial menyewa rumah untuk duduk sementara sebelum dapat membeli rumah sendiri. Isu-isu lain adalah kecil dan masalah yang boleh diatasi, antaranya berkaitan longkang, jalan raya, sampah dan sungai.

Jadi, kalau dipilih menjadi wakil rakyat lagi lima tahun apa yang Datuk nak buat di Pulai ini?

Saya mahu melihat bandar raya ini terus membangun dan pada masa sama tidak ketepikan masyarakat Pulai terutamanya orang Melayu. Kita tahu pembangunan mengambil masa yang lama tetapi lihat sahaja di sini dalam tempoh 10 tahun sahaja sudah membangun dengan pesat dan boleh dibanggakan.

MUKADIMAH PARLIMEN Pulai terletak di dalam kawasan dua bandar raya, iaitu Bandar raya Johor Bahru dan Iskandar Puteri selain berada dalam Iskandar Malaysia.

Limpahan kerancakan pembangunan di kawasan itu turut dinikmati penduduk di Pulai dan dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, banyak perubahan berlaku sehingga menjadikannya sebagai salah satu kerusi idaman Pakatan Harapan yang diketuai DAP.

Ikuti temuramah wartawan Utusan Malaysia, Nurul Huda Hassan dan jurugambar, Raja Jaafar Ali dengan Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed­ menceritakan perkembangan dan perancangan beliau.