JOACHIM GUNSALAM

Sebaliknya, ia memerlukan kajian menyeluruh dan perancangan yang teliti dalam usaha membawa pembangunan yang pesat di kawasan tersebut.

DATUK DR. JOACHIM GUNSALAM ketika ditemubual wartawan Utusan Malaysia, FAUZI SUHAIMI bersama jurufoto, IRWAN MAJID baru-baru ini berhasrat mahu membawa perubahan lebih besar terhadap kawasan itu dalam semua aspek.

Gerak kerja ke arah memantapkan sektor pelancongan dan pertanian terus diperkasa bagi memastikan kedua-dua industri utama di Kundasang itu mampu dikembangkan setanding dengan kawasan lain.


UTUSAN MALAYSIA: Dalam tempoh pentadbiran Barisan Nasional (BN) di Kundasang, apakah yang dibawakan untuk pembangunan setempat?

DATUK DR. JOACHIM: Jika dikira, terlalu banyak pemba­ngunan telah dilaksanakan di kawasan ini mencakupi semua aspek iaitu pembangunan kemajuan, kebajikan, memacu ekonomi setempat, infrastruktur, ke­sejahteraan rakyat dan potensi Kundasang untuk menjadi pusat pelancongan bertaraf dunia.

Usaha itu telah lama dilaksanakan dan ianya dilakukan mengikut fasa dan peringkat bagi memastikan pembangunan dan kesejahteraan rakyat dapat dilakukan secara saksama.

Sehingga hari ini, pelbagai kemudahan disediakan di pekan ini, termasuk pembinaan sekolah baharu, jalan raya ke status yang lebih bagus dan promosi dalam memperkenalkan produk pelancongan bagi tujuan peningkatan ekonomi penduduk setempat.

Kundasang mempunyai ke­lebihan tersendiri. Apakah yang akan dilaksanakan BN jika terus mendapat mandat rakyat menerusi PRU-14?

Sudah tentu perubahan yang lebih besar akan dilakukan yang bersifat lebih menyeluruh dalam semua aspek. 

Pertamanya, aspek pelanco­ngan yang sememangnya tidak asing lagi di kawasan ini. 

Usaha ke arah memantapkan industri itu giat dilaksanakan dengan menawarkan lebih ba­nyak produk pelanco­ngan khususnya di kawasan luar bandar. 

Bidang pertanian yang cukup terkenal dan turut menjadi pengeluar kepada sayuran tanah tinggi akan dibangunkan de­ngan memastikan hasil penge­luaran produk-produk yang lebih ber­kualiti dan mampu dipasarkan ke luar negara pada suatu hari nanti.

Bagaimanakah tahap kesiapsiagaan jentera BN untuk berdepan PRU-14?

Kekuatan jentera baik daripada PBS dan UMNO, ia sudah berada di tahap terbaik. De­ngan kata lain, semua gerak kerja ke arah mendekati atau menawan hati rakyat dilakukan secara menyeluruh dan berjadual.

Program saya bersama ma­syarakat setempat juga tidak per nah terhenti.

Ia ternyata jauh berbeza berbanding pembangkang. Semua sedia maklum taktik pembangkang iaitu cuma mendekati rakyat ketika musim pilihan raya sahaja.

Sasaran yang diletakan BN da­lam PRU-14?

BN mempunyai rekod terbaik di kawasan ini. Sokongan rakyat juga terbukti lebih besar kepada BN atas faktor pembaharuan yang telah dibawakan di kawasan ini.

Saya yakin dan percaya rakyat bijak menilai dan memilih nanti. Menerusi kepercayaan ini, saya meletakkan keyakinan penuh bahawa BN akan terus mengekalkan kerusi DUN ini dalam pilihan raya nanti

Apakah nasihat Datuk Dr. Joachim kepada rakyat dan pembangkang?

Saya berharap agar rakyat te­rus menzahir atau menterjemahkan sokongan penuh dengan memilih calon BN dalam PRU-14 nanti. Ini kerana melihat kepada kejayaan yang dibawa oleh kerajaan sedia ada dalam mengubah nasib hidup rakyat, sekali gus membawa pembangunan yang pesat di kawasan ini.

Kepada pembangkang, berpolitiklah dengan jujur dan ikhlas.

Janganlah sesekali menggunakan politik kebencian se­mata-mata untuk meraih undi simpati daripada rakyat.