Ketua  Pengarah LPP, Datuk Mohd Salim Taha berkata, ini memberikan lebih banyak pilihan kepada mereka dalam mempelbagaikan sumber sumber pendapatan selain membantu meningkatkan nilai eskport hasil pertanian negara di pasaran dunia.

"Penanaman durian 'Musang King' boleh meningkatkan hasil eksport negara terutama ke  China manakala penanaman jagung bijian iaitu makanan utama ternakan,  boleh mengurangkan kebergantungan kepada bahan import.

"Pada masa ini terdapat  kira-kira 2,000 petani telah mengusahakan tanaman durian Musang King  di seluruh negara," ujarnya yang berharap dilakukan dalam skala lebih besar.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas Majlis Amanat 2018 Kepada Anggota LPP Terengganu di Wisma Peladang di sini, hari ini. Yang turut hadir, Pengarah LPP negeri Abdul Mubin Abdul Razak.

Katanya,  mereka perlut merebut peluang kerana kerajaan sendiri menyediakan peruntukan untuk membantu menjayakannya selain harga pasaran yang amat baik. -UTUSAN ONLINE