Ini kerana, impian mereka untuk mendapatkan pembelaan dari segi peningkatan taraf hidup yang lebih selesa dalam tempoh itu dilihat sukar.

Ternyata janji  serta harapan yang diberikan oleh pihak pembangkang pada pilihan raya umum lalu palsu sehingga menyebabkan mereka terpaksa bergelut dengan pelbagai masalah. 

Dari aspek fizikal seperti kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan air bersih dan sebagainya, hak mereka seolah-olah dinafikan oleh kerajaan negeri meskipun banyak aduan serta rungutan telah dikemukakan
kepada Ahli Parlimen serta Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di kawasan berkenaan ketika ini. 

Terbaharu, rakyat di Kuala Langat dikejutkan dengan kenaikan cukai pintu sehingga 400 pe­ratus  yang jelas membebankan. 
Bagi Pengerusi Barisan Nasio­nal (BN) Parlimen Kuala Langat, Datuk Sulaiman Mohd. Karli, kemelut yang dihadapi oleh rakyat di kawasan Kuala Langat ini bakal berakhir sekiranya mereka terus meletakkan kepercayaan kepada parti itu untuk menerajui semula Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti.

Menurutnya, perubahan kepada kualiti kehidupan rakyat serta pembangunan di kawasan  itu bukan sesuatu  yang mustahil.

Ini  kerana pihaknya telah pun mengenalpasti potensi-potensi yang wujud di kawasan ber­kenaan sekali gus memberi impak positif dalam memperkasakan keupayaan sosioekonomi  kepada  penduduk serta pembangunan Selangor pada masa depan. 

“Ketika ini, kawasan Parlimen Kuala Langat termasuk tiga ADUN di kawasan Sijangkang, Telok Datuk dan Morib diwakili oleh parti pembangkang. 

“Sayangnya, dalam tempoh 10 tahun, tiada apa-apa  perubahan, baik pembangunan fizikal mahupun  kebajikan rakyatnya.

“Sedangkan Kuala Langat cukup berpotensi dari segi ekonomi dan bersebelahan de­ngan pintu masuk utama negara ini iaitu Pelabuhan Klang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur,” katanya kepada Utusan Malaysia  di sini hari ini.

Pada masa sama, Sulaiman yang juga Koordinator Pemba­ngunan Persekutuan DUN Sijang­kang itu menegaskan kerajaan pusat turut merancang untuk membangunkan sebuah pelabuhan industri di Pulau Carey.

Katanya, dengan jumlah pe­laburan RM140 bilion bagi me­nyuraikan trafik industri perkapalan itu ia sekali gus mengukuhkan jaringan Zon Perdagangan Bebas Digital.