Allahyarham yang menjadi ADUN selama tiga penggal dari tahun 1990 hingga 2004,  meninggal dunia di sisi isteri dan anak-anaknya  kerana menghidap sakit leukemia sejak April lalu.

Allahyarham yang berasal dari Batu Pahat meninggalkan Datin Rohaidah Buntat, 59, enam anak dan 12 cucu.

 Beliau memulakan karier politik sebagai Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru pada tahun 1976 dan jawatan terakhir dalam parti ialah Setiausaha Mubarak negeri  mulai 2014 hingga tahun lalu.

Antara yang memberikan penghormatan terakhir ialah ADUN Tanjung Puteri, Datuk Adam Sumiru, Naib Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Datuk Yahya Jaafar, para pegawai kerajaan,  pemimpin  UMNO dan kenalan.

Solat jenazah diimamkan Penasihat Majlis Agama Islam  Negeri Johor (MAINJ),  Datuk Mohd. Nooh Gadut.

Jenazah Allahyarham dijadual dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Aliff, Tampoi pukul 11 pagi ini. - UTUSAN ONLINE