Jurucakap unit tindakan bencana Dewan Bandaraya Kuala Lumpur berkata, antara kawasan terjejas adalah di Masjid India, Jalan Genting Klang, Persiaran Ampang, Jalan Raja Muda dan Jalan Gereja.

“Jabatan Pengairan dan Saliran memaklumkan hujan lebat berterusan dengan taburan sebanyak 60 milimeter menjadi punca banjir kilat.

“Malah difahamkan, terdapat beberapa buah kenderaan persendirian yang diletakkan di kawasan perniagaan Masjid India turut tenggelam.

“Bagaimanapun siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian sebenar akan dilakukan bersama JPS dan Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn. Bhd.,” katanya yang dihubungi Utusan Online di sini. - UTUSAN ONLINE