Bayi berkenaan ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan tersebut pada pukul 7 pagi dan memaklumkannya kepada pihak Polis.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kes tersebut.

Katanya, ketika ditemui, bayi tersebut diletakkan didalam sebuah beg berwarna hitam dengan logo Body Glove serta dibalut dengan sehelai tuala warna putih biru.

"Bayi tersebut berada dalam keadaan stabil dan telah dihantar ke Hospital Seri Manjung bagi tujuan pemeriksaan lanjut.

"Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat juga telah dimaklumkan untuk bantuan," katanya.

Beliau berkata, siasatan dibuat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan atas kesalahan membuang bayi yang boleh dikenakan dipenjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Katanya, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan mereka yang terbabit dalam kes berkenaan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh berhubung dengan pihak Ibu  Pejabat Daerah (IPD) Manjung di talian 05-6886222 atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Suthan di talian 014-9048081. - UTUSAN ONLINE