Lebih menyedihkan bayi comel tersebut di tinggalkan tanpa pakaian dan diletakkan di dalam sebuah kotak di tangga tersebut sebelum ditemui remaja perempuan berusia 17 tahun dan membawanya pulang ke rumah.

Ketua Polis daerahnya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, remaja itu yang juga merupakan penghuni apartmen itu kemudian bertindak menelefon ibunya yang kemudian menelefon polis untuk tindakan lanjut.

“Bayi di sahkan pegawai perubatan berada dalam keadaan stabil dan akan dirujuk ke wad kecemasan Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE