ALLAHYARHAM Shamsudin Sulaiman
ALLAHYARHAM Shamsudin Sulaiman

Shamsudin Sulaiman, 82, disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pukul 3.46 petang ini selepas dimasukkan ke hospital itu pada pukul 7 petang semalam.

Pegawai khas Mohd Sharkar, Mohd. Hafizal Mahmood berkata, pada mulanya, bapa kepada Mohd. Sharkar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri dimasukkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh  sebelum dibawa ke HKL untuk  rawatan lanjut.

"Mohd. Sharkar yang berada di luar negara bersama Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz ke World Travel Mart di Excel London bergegas pulang ke tanah air sejurus selepas dimaklumkan berita itu.

"Beliau tiba pada pukul 7 pagi tadi dan sempat bersama ahli keluarga yang lain ketika Allahyarham menghembuskan nafas terakhir," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Allahyarham Shamsudin dijadual dikebumikan di Kampung Bintang, Temerloh selepas solat Isyak malam ini. - UTUSAN ONLINE