Ini susulan kejadian banjir kilat akibat hujan lebat sehingga menjejaskan beberapa kawasan di ibu kota antaranya Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Masjid India, Jalan Tun Razak dan Jalan Tunku Abdul Rahman.

SMART dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, Pusat Kawalan Motorway telah berhubung dengan Pusat Kawalan Air Banjir dari awal untuk memantau keadaan dengan teliti sekiranya terdapat perkara yang memerlukan komponen Motorway terowong itu ditutup.

“Bagaimanapun, kejadian banjir kilat semalam tidak memerlukan apa-apa penutupan aktiviti lebuh raya. Ini kerana bacaan keadaan sistem saliran terowong SMART adalah dalam mod sederhana iaitu aliran air antara 70 dan 150 meter padu sesaat.

“Pengguna jalan raya masih dapat melakukan perjalanan melalui terowong seperti biasa,” kata kenyataan tersebut. - UTUSAN ONLINE