Pengarahnya, Dr. Mohammad Omar berkata, pihaknya berada pada tahap tahap siap siaga kerana kerana sepanjang musim tengkujuh kedudukan pulau terbabit agak sukar untuk membawa pesakit jika berlaku sebarang kes kecemasan.

"Persiapan awal telah dilakukan  sebulan lalu dengan penghantaran pelbagai kelengkapan perubatan dan keperluan lain di samping penempatan kakitangan secukupnya bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

“Jika berlaku kes kecemasan dan kritikal yang memerlukan tindakan segera, khidmat helikopter akan digunakan,” katanya.

Beliau menyatakan demikian selepas pelancaran Projek Touch Point: Critical Health Intervention For Rakyat Cabinet Away Day 2017  di Rumah Warga Tua Nur Saadah, Kampung Tok Dor,  dekat sini hari ini.

Muhammad memberitahu, sebanyak 137 pasukan, terdiri daripada 68 pasukan perubatan dan 69 pasukan kesihatan dibentuk dengan keseluruhan 641 anggota bersedia dikerah untuk memberi khidmat di seluruh negeri.

"Setiap pasukan perubatan dianggotai oleh lima orang anggota yang terdiri daripada pegawai perubatan, penolong pegawai perubatan, jururawat terlatih, jururawat masyarakat dan pemandu.

"Setiap pasukan kesihatan dianggotai oleh tiga orang anggota iaitu penolong pegawai kesihatan persekitaran, pembantu kesihatan awam dan pemandu,"ujarnya.-UTUSAN ONLINE