Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, idea itu digunakan supaya pembangunan kerajaan dan masyarakat negeri ini dilakukan menerusi kepintaran idea, kreativiti, inovasi dan teknologi digital.

“Inisiatif ini diharap dapat mencetuskan pelbagai inovasi yang boleh merangsang perniagaan dan pertumbuhan ekonomi, seterusnya membawa kemakmuran kepada semua.

“Inisiatif seperti ini (Pusat Data Iskandar Puteri TM ONE) yang akan membantu merealisasikan visi besar ‘Intelligent Johor’ yang kita cita-citakan,” katanya semasa melancarkan Pusat Data Iskandar Puteri TM ONE, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE