Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Bancian pasca banjir tentukan bantuan untuk petani

AB. HALIM menunjukkan sebahagian tanaman kacang panjang yang musnah
AB. HALIM menunjukkan sebahagian tanaman kacang panjang yang musnah akibat ditenggelami banjir di kebun Ahmad Radzi di Zon Pengeluaran Makanan Felda Chemplak Labis, Johor, baru-baru ini.

LABIS 12 Feb. – Jabatan Pertanian Daerah sedang menjalankan bancian pasca banjir bagi memastikan jumlah kerugian dialami petani di daerah ini sebelum menentukan sebarang bentuk bantuan yang boleh dihulurkan.

Penolong Pegawai Pejabat Pertanian Segamat, Ab. Halim Ab. Wahab berkata, terdapat lebih 500 petani di daerah ini dan pihaknya menjangka kira-kira dua pertiga daripada mereka terjejas akibat bencana banjir yang melanda baru-baru ini.

“Setakat ini, pihak kami belum memastikan jumlah kerugian dan bilangan petani yang terjejas ke­rana terdapat beberapa kawasan yang belum kering dan masih digenangi air.

“Kami menjangkakan se­minggu lagi semua kawasan dapat dilawati dan selepas itu barulah kami akan mengetahui jumlah sebenar kerugian sebelum memohonan peruntukan,” katanya kepada pemberita selepas melawat Zon Pengeluaran Makanan Felda Chemplak di sini baru-baru ini.

Menurutnya, bentuk dan jumlah bantuan yang bakal disalurkan kepada petani terjejas bergantung kepada tahap kemusnahan tanaman mereka serta jumlah peruntukan diluluskan.

Sementara itu, Ahmad Radzi, 38, penanam sayur di kawasan Zon Pengeluaran Makanan Felda Chemplak mengalami kerugian le­bih RM100,000 selepas pelbagai jenis sayuran yang ditanam di kawasan seluas 16 hektar itu musnah ditengelami air selama beberapa hari.

Dia memerlukan kira-kira RM30,000 untuk memulihkan semula kerosakkan melibatkan pelbagai kemudahan di kebunnya seperti para sayur, pagar, mesin serta kos benih dan upah pekerja.

Katanya, ini merupakan kali kedua kebun sayurnya ditengelami banjir selepas kali pertama pada 2011, namun paras air ketika itu tidak sedalam pada tahun ini walaupun banjir pada tahun ber­kenaan dikatakan lebih besar.

Bagi Jemaan Sulaiman, 54, yang sudah lima kali terjejas banjir sejak lebih 10 tahun lalu menganggarkan kerugian kira-kira RM70,000 selepas tanaman ubi kayu seluas lapan hektar yang sepatutnya sudah boleh dijual musnah ditengelami air.

“Sebagai petani saya tidak patah semangat untuk mengusahkan kembali tanaman yang musnah ditenggelami air ini,’’ ujarnya.

"Saya mungkin menanam tanaman lain selepas ini dan modal membersih serta pelbagai kos untuk memulihkan kebun ini saya anggarkan melebihi RM30,000 dan beban yang saya tanggung mungkin berkurangan sekiranya mendapat bantuan Jabatan Pertanian," katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain