ABG. SALLEHUDDIN ABG. SHOKERAN

Timbalan Ketua Pengarah DBP, Datuk Abg. Sallehuddin Abg. Shokeran berkata, malah usaha itu adalah selaras dengan matlamat DBP untuk mengantarabangsakan bahasa Melayu ke negara luar.

Beliau berkata, sehingga kini usaha yang sama telah dilakukan dengan menghantar pensyarah­nya dan kakitangan DBP ke China dan negara-negara lain untuk mengembangkan bahasa ber­kenaan.

“Kita yakin penutur bahasa Melayu ini akan meningkat pada masa depan kerana lebih mudah dengan adanya perkembangan dunia moden masa kini dan laman-laman sosial,” katanya ketika ditemui.

Menurutnya, dalam program yang diadakan itu, pihaknya juga menyediakan seorang Munsyi (jawi), Sabri Azit untuk mengajar teknik penulisan jawi kepada guru dan pelajar di wilayah ini.

Turut membantu usaha ini ialah pensyarah Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perlis, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Perlis dan Universiti Malaysia Perlis.