Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusian (SPPK), Jabatan Pendidikan negeri, Ngah Bidin berkata, ini termasuk memberi penambahbaikan dalam aktiviti yang dilaksanakan dengan turut mengambil kira untuk meningkatkan sema­ngat perpaduan.

“Selain itu, aktiviti juga perlu diberi penekanan mengenai aspek peningkatan disiplin dan sahsiah. Slot-slot berkenaan bolehlah diselitkan setiap kali program dilaksanakan,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap merasmikan Kursus Asas Pemimpin Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) Cawangan Terengganu Institut Pendidikan Guru (IPG), Kampus Dato’ Razali Ismail (KDRI) di sini semalam. Yang turut hadir, Ketua Pesuruhjaya PPPM Cawangan Terengganu Mariah Ismail.

Ngah menarik perhatian kehidupan akan dapat dicorakkan dengan lebih sejahtera apabila kehidupan diselubungi suasana perpaduan

Beliau berharap badan uniform di sekolah dapat berperanan untuk mencapai hasrat jabatan mencorak kemenjadian murid dengan pembentukan sahsiah yang baik di samping cemerlang dalam akdemik dan kokukrikulum.