Pelancaran projek pembangunan pusat tersebut disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani; Ahli Parlimen Pulai yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed serta Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp), Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim.

Kamaruzzaman berkata, pembangunan kawasan itu akan diusahakan oleh Johor Corporation (JCorp) menerusi Divisyen Hartanahnya yang diterajui Johor Land Berhad (JLand).

Menurutnya, pusat itu akan dibangunkan di atas tanah seluas 2.4 hektar dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2019.

“Apabila siap kelak, ia akan menjadi pusat komersial pelancongan setempat yang pertama seumpamanya di Johor,” katanya. - UTUSAN ONLINE