Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Datuk Mat Yusoff Abdul Ghani berkata, pembinaan itu adalah sebagai langkah segera bagi menyelesaikan masalah penduduk dari 10 buah kampung yang terputus hubungan sejak tempoh tersebut.

Beliau berkata, pihaknya percaya sekiranya jambatan tersebut dibina oleh anggota tentera ia akan mengambil masa yang cepat.

“Pihak Agensi Pengurusan Ben­cana Negara (Nadma) akan memohon bantuan tersebut dan kemungkinan jambatan terapung atau ‘jetfloat’ dapat dibina di Kampung Pulau Setelu. Kita sudah mendapat peruntukan kira-kira lebih RM300,000.

“Jambatan akan dibina secepat mungkin bagi kemudahan penduduk dan ia akan siap pada akhir bulan ini atau awal April. Pihak tentera juga telah datang dan melawat tapak projek di Kampung Pulau Setelu baru-baru ini,” ujarnya.