Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Asnar Fakir miskin penerima tinggi zakat

Zakat
Rusydee Abdullah (empat dari kiri) menerima replika zakat perniagaan daripada Aman Hassan (tiga dari kiri) di pejabat Maik di Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU 13 Sept. - Golongan asnaf, fakir dan miskin terus menjadi penerima agihan tertinggi zakat yang dikutip Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik).

 Setiausaha Maik, Rusydee Abdullah berkata, sebanyak RM78.43 juta atau 67.55 peratus zakat yang dikutip sehingga semalam telah dibelanjakan kepada asnaf fakir dan miskin.

 Beliau berkata, lebih RM116.1 juta zakat telah berjaya dikutip setakat ini iaitu meningkat 0.94 peratus dari RM115.027 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

 "Golongan fakir dan miskin adalah segmen yang menerima agihan zakat paling tinggi diikuti asnaf fisabilillah iaitu 22.24 peratus iaitu sebanyak RM25,819,020.

 "Setakat ini kita menerima zakat sebanyak RM116,112,653 yang mana kita telah agihkan 99.47 peratus atau RM115,496,344 kepada semua lapan golongan asnaf," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan zakat perniagaan Pustaka Aman Press Sdn Bhd di sini hari ini.

 Pada majlis itu, Pengarah Pustaka Aman Press Sdn Bhd, Aman Hassan telah menyerahkan zakat perniagaan bagi tahun kewangan berakhir 2016 sebanyak RM10,000.

 Yang turut hadir, Pengarah Urusan syarikat itu, Abdul Aziz Hassan.

 Sementara itu, Abdul Aziz berkata, sebagai syarikat percetakan yang bertapak sejak 1960 lagi, beliau optimis mereka masih lagi mampu bersaing dan mengharungi cabaran dunia digital masakini.

 "Kita percaya masih ramai lagi peminat kepada bahan bacaan bercetak terutama buku berunsur agama.

 "Selagi masih ada sambutan, kami akan meneruskan penerbitan dan menyambung legasi syarikat yang diasaskan arwah ayah saya, Allahyarham Hassan Yaacob," katanya.  UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain