Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar berkata, langkah tersebut bagi memastikan kelancaran pengurusan bencana setiap kali banjir melanda kawasan tersebut.

“Melalui cara ini, kita mahu menterjemahkan kepada rakyat fungsi dan tugas JBPM dalam membantu masyarakat ketika berlakunya bencana banjir,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis Makan Malam Menghargai Petugas Banjir di Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang di sini malam tadi.

Noh memberitahu, setiap kali banjir melanda pantai timur JBPM akan menempatkan helikopter di kawasan ini bagi memudahkan pemantauan dilakukan.

Katanya, aset milik JBPM juga akan dipertingkat dalam usaha memperkasakan lagi perkhidmatan membantu rakyat ketika bencana. - UTUSAN ONLINE