TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, terdapat tiga kemudahan diperkenalkan iaitu aplikasi telefon pintar, talian bantuan dan penyimpanan pangkalan data.

Jelasnya, melalui aplikasi itu pelancong boleh mendapatkan maklumat mengenai makanan, budaya, bahasa dan perniagaan bagi memudahkan mereka ketika berada di negara ini.

“Sistem itu diharap mampu memberikan maklumat yang tepat dan sahih tanpa batasan sekali gus membolehkan pelancong terbabit menikmati keindahan dan keunikan negara.

“Masalah komunikasi antara pelancong China dan warga tempatan juga pasti dapat diatasi dengan menggunakan kemudahan tersebut,” katanya ketika berucap melancarkan aplikasi tersebut di sini semalam.

Yang turut hadir, Duta Besar China ke Malaysia Dr. Huang Huikan.

Tambah Tengku Adnan, kerajaan menitikberatkan keselesaan pelancong asing dengan memastikan keselamatan mereka sentiasa terjamin serta mendapat kemudahan pengangkutan yang kondusif.

“Kemudahan seumpama itu diharap dapat memperkukuh­kan hubungan diplomatik antara ke­dua-kedua negara,” katanya.