Pada majlis tersebut, Angkasa negeri turut menyampaikan duit raya kepada anak yatim berkenaan yang disempurnakan oleh Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Kelantan Amran Abd. Kadir.

Turut hadir, Pengerusi Perhubungan Angkasa Kelantan, Datuk Che Shukree Che Isa.

 Che Shukree berkata, sumbangan tersebut merupakan salah satu bentuk khidmat sosial Angkasa Kelantan dalam membantu golongan yang memerlukan.

  "Saya harap sumbangan ini dapat memberikan kegembiraan buat mereka menjelang sambutan Aidilfitri nanti," katanya. -UTUSAN ONLINE