Beliau cuba menjayakannya bersungguh-sungguh dalam suasana menyeronokkan bersama keluarga walaupun terpaksa berbelanja bagi turut memeriahkan suasana sambutan hari bermakna bagi rakyat dan negara.

Malah usahanya menghias dan mengindahkan persekitaran rumahnya itu bukan sahaja memenangii peringkat negeri, malah memberi kegembiraan berganda buat keluarganya apabila diumumkan sebagai johan di peringkat kebangsan (kategori individu- kediaman).

`Saya tidak menyangka semua ini. Usaha selama kira-kira 25 hari berbaloi,’’ katanya ketika ditemui pada majlis penyampaian hadiah  Pertandingan Kecerian Negaraku peringkat negeri di sini hari ini.

Beliau menerima wang tunai RM500, momento dan sijil bagi kemenangan peringkat negeri yang disampaikan oleh Pengarah Penerangan negeri, Nasrudin H. Mahmud.

Amran yang dibantu bapa mentua, Tuan Ahmad Tuan Ismail, 60,  dan isteri, Tuan Azma Tuan Ahmad, 39, untuk menyiapkan replika kereta kebal, menara KLCC dan menara jam besar menggunakan bahan terbuang selain hiasan Jalur Gemilang.

Bagi kategori  kampung, ia dimenangi oleh J3K Kampung Kubang Depu Jertih yang  menerima wang tunai RM2,500 manakala kategori sekolah dimenangi oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Pelong, Setiu dengan hadiah wang tunai RM2,000 bersama momento dan sijil.
 
Sementara kategori pintu gerbang dimenangi oleh Sekolah Kebangsaan Pelong, Setiu dengan hadiah wang tunai RM2,000  dan kategori Anjung Komuniti Malaysia dimenangi oleh Komuniti 1Malaysia Mukim Chalok 1, Setiu  ( RM1,000) bersama momento dan sijil.-UTUSAN ONLINE