Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Chong Sin Woon berkata, tindakan itu perlu diambil bagi memberi kea­dilan kepada pengusaha perkhidmatan bas yang berdaftar.

Menurutnya, SPAD mungkin sukar mengesan pengusaha bas yang tidak berdaftar tetapi disaran membuat pemeriksaan secara kerap.

“Saya percaya SPAD mempunyai cara tersendiri mengesan pengusaha bas sekolah yang tidak berdaftar,” katanya selepas meras­mikan Mesyuarat Agung Pengusaha-pengusaha Bas Sekolah Negeri Sembilan di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, Sin Woon berkata, kementeriannya mahu semua pengusaha bas sekolah yang berdaftar mengikuti ketetapan diberikan dan kerap melakukan penyelenggaraan kenderaan supaya keselamatan penumpang diutamakan.

Tambahnya, ibu bapa yang menggunakan perkhidmatan tersebut harus meneliti status pengusaha yang berdaftar supaya aspek keselamatan lebih terjamin.

“Di samping itu, kementerian sendiri ada membuat kempen kesedaran untuk memaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga supaya menggunakan perkhidmatan bas berdaftar kerana mempunyai jaminan keselamatan.

“Kita khuatir van persendirian beroperasi tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) seperti ditetapkan untuk perkhidmatan pengangkutan yang dibenarkan,” katanya.