Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Alumni SMK Khir Johari anjur ibadah korban bersama masyarakat setempat

SEBAHAGIAN daripada Alumni SMK Khir Johari dan masyarakat setempat
SEBAHAGIAN daripada Alumni SMK Khir Johari dan masyarakat setempat yang menjayakan program korban di Masjid Parit 11, Sungai Sumun, Bagan Datuk, Perak, kelmarin. UTUSAN/Ain Safre Bidin

BAGAN DATUK 4 Sept. – Sambutan Hari Raya Aidiladha kali ini lebih bermakna apabila penduduk sekitar turut sama menjayakan ibadah korban yang dianjurkan oleh Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Khir Johari di sini.

Diadakan di pekarangan Masjid Parit 11, Sungai Sumun, program korban tersebut yang masuk kali kedua penganjurannya itu dirasmikan oleh Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Khairuddin Termizi merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bagan Datuk.

Pengerusi Alumni SMK Khir Johari, Ahmad Kidzbullah Ridzuan berkata, majlis tersebut antara lain bertujuan bagi merapatkan hubu­ngan silaturahim antara masyarakat dengan bekas pelajar sekolah ber­kenaan.

“Selain dapat memberikan pene­rangan mengenai kewujudan Alumni SMK Khir Johari yang telah lama wujud, kita juga dapat mengajak penduduk setempat untuk berganding bahu mengerjakan ibadah korban.

“Sebanyak enam ekor lembu ditumbangkan seawal pukul tujuh pagi dan kesemuanya selesai kira-kira tiga jam selepas itu,” katanya ketika ditemui semalam.

Seekor daripada enam lembu korban tersebut disumbangkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi me­rangkap Ahli Parlimen Bagan Datuk.

Dalam pada itu, Ahmad Kidzbullah berkata, daging korban berkenaan kemudian diagihkan khususnya kepada penduduk yang terdiri daripada golongan kurang berkemampuan.

Sementara itu seorang penduduk, Ahmad Dail, 60, mengalu-alukan program korban yang diadakan di kampung tersebut dengan penglibatan masyarakat setempat.

“Alhamdulillah, program aktiviti gotong-royong korban bersama penduduk kampung ini berjalan lancar dan diharapkan aktiviti sebegini dapat diteruskan pada masa-masa yang akan datang,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain