Pengarahnya, Muhammad Zahari Othman berkata, langkah berkenaan diambil bagi mewujudkan suasana kebersamaan serta kerjasama erat di antara pihak sekolah dan ibu bapa.

Menurutnya, dengan kebersamaan itu, segala permasalahan dapat diselesaikan secara baik sekali gus mengelak berlakunya saman menyaman di antara satu sama lain.

"Di samping aktif dalam program bersama PIBG, kita juga akan melakukan program yang memberi tumpuan di antara guru dan ibu bapa.

"Dalam hal ini juga, guru dan ibu bapa harus banyak bersabar dan perlu memahami tugas guru serta yakin dengan sistem pendidikan negara," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Kesyukuran JPN Kelantan di Dewan Sri Tunjong di sini hari ini.

Pada majlis berkenaan seramai 500 warga pendidik berkumpul dan meluangkan masa bersama Pengarah JPN negeri.

 Utusan Malaysia semalam melaporkan Kementerian Pendidikan meminta ibu bapa dan pihak pengurusan sekolah agar menggunakan pendekatan bijaksana dalam menyelesaikan permasalahan yang terjadi tanpa perlu melibatkan tindakan undang-undang.

PIBG boleh memainkan peranan sebagai medium dalam mewujudkan suasana yang harmoni. - UTUSAN ONLINE