Menurutnya, bekas Timbalan Ketua Menteri itu menyumbang dalam penyatuan masyarakat Cina di negeri ini sejak pertengahan 70-an.

“Generasi muda perlu mencontohi apa yang dibuat mendiang yang mahukan mereka masyarakat Cina bersatu dan mainkan peranan positif dalam pembangunan negara.

“Dia merupakan pakar bedahnamun sanggup meninggalkan kerjayanya bagi menyumbang kepada masyarakat Cina dan bersama kerajaan membangunkan negeri ini,” katanya ketika ditemui pemberita di rumah kediaman mendiang hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Tan Sri James Jemut Masing.

Bekas Ketua Menteri itu telah meninggal dunia di kediamannya pada pukul 4 pagi kelmarin.

Beliau dilahirkan pada 10 Februari 1927 meninggalkan  seorang balu, Puan Sri Jane Yong Sau Kang, anak-anak dan cucu.

Soon Kai merupakan bekas Presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dari 1991 hingga 1996. - UTUSAN ONLINE