Program pertama kali seum­pamanya di negeri ini dianjurkan bersama gedung Kain Sari Melayu (KSM) serta syarikat penerbitan, Asiaclick.my.

Menurut Pengarah Program, Khairul Asyraf Kamaru’zaman, ‘Ladies in Red’ merupakan salah satu tanggungjawab sosial KSM dan Asiaclick.my bagi memberi peluang kepada golongan belia mengembangkan bakat dalam dunia peragaan dan fotografi.

“Program ini menyediakan plafform kepada model-model tempatan mendapatkan lebih banyak pendedahan berkaitan dunia peragaan prfesional terutama sesi fotografi.

“Dalam masa sama, program ini memberi peluang kepada jurugambar khususnya golongan amatur menimba pengalaman bekerjasama dengan para model bagi menghasilkan gambar menarik namun masih memenuhi syariat Islam,” katanya.

Sementara itu, pemilik Asiaclick.my, Muhammad Nur Hafiz Noh Ali Piah berkata, bagi merealisasikan program itu, Asiaclick.my menggalas tanggugjawab mengumpulkan jurugambar di seluruh negeri.

“Program ini diadakan percuma tanpa bayaran dan Alhamdulillah, sambutan diterima amat menggalakkan dan kami akan bekerjasama lagi dengan KSM menganjurkan program sama pada masa akan datang,” katanya.

Seorang peserta, Sal Syamiera Mohd. Mazuki, 25, berkata, sebaik sahaja mendapat tahu mengenai penganjuran Ladies in Red, dia yang merupakan model sambilan tidak mahu melepaskan peluang menyertai program fotografi tersebut.

“Saya aktif sebagai model selepas KSM mencungkil bakat saya. Selain dapat menambah koleksi gambar dalam portfolio masing-masing, program ini berjaya meluaskan lagi rangkaian kami dalam industri peragaan tempatan.

“Menerusi program ini, saya bukan sahaja dapat berkenalan dengan model-model lain, malah dapat bekerjasama dengan jurugambar serta pemilik butik terkemuka,” katanya.