Pengarah Program, Ayu Iryanti Azni berkata, BEST Festival ini yang dianjurkan oleh Northern Entrepreneurship Centre, Unit Keusahawan dan Jabatan Perdagangan PTSS ini juga melibatkan pelbagai agensi keusahawan di bawah Koperasi Usahawan Groom Big Perlis Berhad (KUGPIS), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan RedONE.

Beliau berkata, kebanyakan pelajar yang terlibat adalah dari kursus Entrepreneurship, Digital Entrepreneurship Development dan Cyberpreneurship.


“Pelbagai aktiviti dijalankan antaranya gerai jualan, ‘BMC Pitching Competition’, dan pertandingan swafoto,” katanya di sini hari ini.


Ayu Iryanti berkata, objektif program ini adalah untuk mendedahkan pelajar dengan pengetahuan dan pengalaman yang dikongsikan oleh penceramah dalam dunia keusahawanan.


Tambahnya, dengan program ini membolehkan pelajar mendaftar perniagaan bersama SSM di bawah Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan secara percuma selama setahun. - UTUSAN ONLINE