Program kali ini turut menarik minat pelbagai agensi kerajaan dan swasta termasuk Puspanita Negeri Perak, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia, Perpustakaan Negeri Perak dan Persatuan Pemulihan Orang Cacat.

Selain itu, turut mengambil bahagian, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Perak, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Hospital KPJ, Fast Track dan Kelab Sukan Dewan Bandaraya Ipoh.

Program yang dimeriahkan dengan kehadiran Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man itu berlangsung dengan pelbagai aktiviti seperti Fun Walk sempena Hari Air Sedunia.

Selain itu turut diadakan acara Kid Ride, pertandingan kucing, kayuhan santai dan Extreme Fun Ride.

Turut diadakan senamrobik, soccer kids, pemeriksaan kesihatan oleh KPJ, BP Lab dan gunting rambut oleh Euphoria Academy.

Zamri berkata, selain memberi peluang kepada warga Bandaraya Ipoh beriadah dalam suasana santai pada hujung minggu, program ini juga diharap mampu membantu MBI mencapai hasrat bandar rendah karbon.

“Aktiviti ini juga diharap dapat memeriahkan Tahun Melawat Perak 2017,” katanya di sini.