Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr. Sahruddin Jamal berkata, tindakan tersebut diambil atas pelbagai kesalahan.

“Sejak Januari hingga Ogos tahun ini, Jabatan Kesihatan negeri telah mengenakan kompaun dan sita terhadap 77 tapak pembinaan di seluruh nege­ri ini.

“Nilai kompaun yang dikenakan ke atas mereka berjumlah RM58,500,” katanya dalam sidang akhbar selepas melakukan lawatan ke tapak pembinaan projek Forest City, di sini semalam.

Yang turut hadir, Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Selahuddeen Abdul Aziz.

Menurutnya, pemaju terlibat dikenakan kompaun dan sitaan mengikut Seksyen 13(1) Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975.

Sementara itu, beliau memaklumkan sejak awal tahun ini hingga 6 Oktober lalu, sebanyak 4,336 kes denggi dilaporkan, penurunan seba­nyak 33.7 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Justeru, beliau meminta supaya semua pihak sentiasa menjaga kebersihan supaya kawasan premis masing-ma­sing tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes yang menyebabkan demam denggi.