Turut mencemar duli Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan Tunku Ampuan Besar, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud; Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz dan Tunku Zain Al-Abidin Tuanku Muhriz.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan isteri, Raja Datin Salbiah Tengku Nujumudin serta Mufti negeri, Datuk Mohd. Yusof Ahmad.

Majlis sempena Hari Keputeraan Tuanku Muhriz ke-70 itu dimulakan dengan zikir Asmaul Husna dan bacaan doa.

Majlis berselawat itu turat menampilkan tokoh qasidah terkenal Indonesia, Habib Syech As Segaf selain kehadiran tokoh ulama, Syeikh Abd. Razak Al Masri. - UTUSAN ONLINE